Bermula Akal itu dengan beberapa makna itu. Pertamatama makna Akal itu mengetahui haqiqat yang wajib dan mustahil dan jaza. Wajib itu wujud Allah Taala, segala sifatnya dan mustahil itu seperti Shirik Albari dan jaza itu menjadikan sekelian memakan seperti yang tersebut. Imam Al Sanusi didalam Ummu Barahin dan adalah Akal itu berhubung dengan otak dan dengan sifat Akal itu bagaimana rupa barang yang kita berbuat dan adalah akal itu sifat (Ilmu) dan (Ilmu) itu sifat (Ruh) dan (Ruh) itu sifat (Tuhan) dan sifat (Tuhan) itu Kita (Zatnya)

Bermula Akal itu sifat ilmu yang tempat terbitnya dari dalam hati dan suatu makna Akal itu jisim yang halus dan setengah makna Akal itu Latiful Rabbaniah Ruhaniah, yakni jisim yang halus yang dibangsakan kepada pebuatan Tuhan dan yang dibangsakan kepada Ruh yang telah dihalusinya pada makna Hati yang kedua dan makna Ruh yang kedua dan pada makna Nafsu yang kedua dahulu itu kerana tiada dapat maufakat keadaan. Murad dengan Akal pada makna yang pertama itu ibarat daripada Ilmu dan makna Akal yang kedua itu ibarat daripada jisim yang halus ruhani yang tempat terbit Ilmu itu dengan Sabda Nabi Sholallahu Alaihi Wasallam. 

(
)

Ertinya: Permulaan sesuatu yang dijadikan Allah Taala itu Akal, yakni jisim yang halus yang dibangsakan pada perbuatan Tuhan dan di bangsakan kepada Ruh. Inilah hakikat Hati pada makna yang tersebut dahulu itu.

Maka firman Allah Taala baginya yakni bagi Akal itu berhadap engkau kepada (Aku) dan belakangkan oleh mu akan da (Ku) hingga akhir hadisnya dan makna yang kedua itu jisim yang halus, tetapi Akal pada mana yang pertama itu ibarat daripada Ilmu yang bediri kepada Akal dan makna yang kedua itu jisim yang halus Rabbani Ruhani.

Shahdan Qolbi dan Ruh dan Akal sekelian itu pada ibarat makna yang kedua itu satu jua iaitu Latiffu Rabbaniah wa Ruhaniah, yakni jisim yang halus yang dibangsakan kepada Ruh dan tiada bersalahan lafaz ini melainkan pada ibarat makna yang pertama itu jua kerana Qolbi pada makna yang pertama itu daging yang berupa buah kayu sanubari dan Akal pada makna yang pertama itu diibarat sifat Ilmu yang didalam hati, mengetahui segala haqiqat sesuatu yang tersebut dahulu itu, demikian lagi segala nafsu yang tujuh yang tersebut dahulu itu. Pada haqiqat itu satu jua dan tiada bersalahan melainkan sebab bersalahansalahan ibaratnya jua kerana nafsu insan dan haqiqat itu satu jua Wallahu A’lam.

Today, there have been 11 visitors (20 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=