Adapun Qoshod itu tiada ia Mati. Maka dinamai akan dia Niat. Maka Niat itu Sendirinya Kita dan adapun Rukun Qolbi itu dua, pertama-tama itu Niat dan kedua Tertib, yakni Tertib itu bagaikan Nyawa kerana kaifiatnya menyembah serta menghendak balas kerjaan tubuh iaitu Ibadat namanya, yakni kita diisyaratkan pada Ruhul Amin oleh kerana sebab mendapat Tajali Zat Allah Taala yakni martabat Ilmu Alyakin kerana Niat itu terbit daripada Qoshod dan Qoshod itu terbit daripada Irradat dan Irradat itu terbit daripada Cita-Cita dan Cita-Cita itu terbit daripada Ruhani dan Ruhani itu terbit daripada Qolbu La Sifatul Khofi.

Dan adapun Qoshod itu delapan bagi. Pertama-tama Qoshod membukakan dan kedua Qoshod menentukan dan ketiga Qoshod menentukan fardhunya dan keempat Qoshod mengsahajakan segala perbuatan sembahyang dan kelima Qoshod memberatkan segala rukun-rukunnya bersamaan dengan Takbiratul Ihram dan keenam Qoshod itu Merintahkan niat itu didalam Qolbi dan ketujuh Qoshod itu mengoleh (mengekalkan) ada niat hingga sampai salam dan kelapan Qoshod itu melainkan kerja lagi akan datang insya Allah Taala maka barangsiapa tiada tahu yang delapan bagi ini melainkan tiadalah sempurna ibadatnya dan niatnya. Wallahua’lam.

Dan adapun Ta’rop itu terhenti segala Rukun Yang Tiga Belas itu ialah kerana perintah Ruh pada sekelian badannya sebab mintalah berhimpun pada masa itu Ruh sekeliannya kerana belum lagi bercerai-cerai rukun itu Qouli itu lima perkara, yakni Takbiratul Ihram dan Fatihah dan Tahyat dan Sholawat dan Salam bagi lidah ibadat namanya kerana mendapat Tajali Sifat Allah Taala martabat Ainul Yakin zikirnya (Allah Allah Allah) pada Qolbi diisyaratkan Ruhul Amar.

Maka adapun Ta’yin itu nyatalah keadaan kenyataan diri kita maka apabila nyata kita melainkan nyatalah Tuhan dan apabila nyata Tuhan melainkan nyatalah hamba yang tiada wujud sendirinya kerana rukun Pei’li itu enam, pertama Qiam dan Rukuk dan I’htidal dan Sujud Awal (Uluhiah)dan Tomaninah dan Sujud Akhir bagi jasad Ubudiah namanya oleh kerana sebab menadapt Tajali Af’al Allah Taala, zikirnya (Laillahaillallah) itu diisyaratkan Ruhul Qudus. Wallahu a’lam bi mauradiah.

Today, there have been 11 visitors (24 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=