Mula nafsu itu AlLatifatulRabbaniah jua yakni jisim yang halus yang dibangsakan kepada perbuatan Tuhan iaitu satu makna daripada makna Ruh dan Qolbi.

Bermula nafsu itu, iaitu serta Lafaz Qolbi dan Lafaz Ruh ittu iaitu murad yang satu jua iaitu LatifatulRabbaniah maka diistiqmalkan oleh ulama Ahli Sufi atas makna yang satu itu, iaitu jisim yang halus yang tiada merupa baik segala jisim yang kasar itu Nur, tetapi bukan seperti Nur yang zahir ini padahal tempat terbitnya itu di dalam hati daging sanubari itu dan mesra ia kepada segala batang tubuh dan iaitu zihinnya, maka dinamai akan dia Haqiqat Ruh dan Haqiqat Insan dengan dialah berbeza antara manusia daripada segala haiwan yang lain daripada manusia iaitu murad dengan firman Allah Taala
( )

Yakni, hai Nafsu Mutmainah kembalilah kau kepada Tuhan mu, padahal engkau redhakan Tuhan mu dan redha Tuhanmu akan dikau, maka masuklah enkau di dalam perhimpunan martabat hambaku yang akau kasihi akan dia dan masuklah ke dalam syurgaku serta dengan ambia dan aulia dan shuhadah.

Today, there have been 1 visitors (13 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=