Alhamdulillahi rabbi a’lami washola tu walsalam ala Saidina Muhammad waalaalihi washahbihi wasallam. Ajmain.

Amma ba’ ketahuilah oleh mu wahai Tholib bahawasanya hendaklah kita mengenal diri kita supaya dapat kita mengenal Tuhan seperti sabda Nabi Sholallahu Alaihi Wasallam (+)
( )

Yakni barang siapa mengenal dirinya bahawasanya mengenallah ia akan Tuhan. Maka adapun diri itu dua martabat, satu martabat diri yang Zahir nama ia dan satu itu diri yang Bathin nama ia. Maka adapun diri yang Zahir itu iaitu tubuh kita kita yang kasar, maka dapat kita lihat dengan mata kepala kita kerana ada padanya rupa dan warna dan besar kecil. 

Maka diri yang Bathin itu iaitulah nyawa kita maka tiadalah dapat kita lihat dengan mata kepala kita kerana tiada ada warna padanya pada zahir seperti bagaikan tetapi kita ketahui diri yang Bathin itu kenyataannya pada diri yang Zahir, takala kita lihat sifat yang Zahir itu seperti hidup dan tahu dan kuasa dan berkehendak dan mendengar dan melihat dan berkatakata dan gerak dan diam itu iaitu nyatalah pada diri kita yang Zahir, itulah sifat diri kita yang Bathin. 

Maka takala itu kita lihat nyata pada diri kita yang Zahir sifat diri kita yang Bathin itu tiada didalam dan tiada di luar dan tiada di atas dan tiada di bawah dan tiada di kiri dan di kanan melainkan hendaklah kita ketahui dengan yakin bahawa ada diri kita yang Bathin itulah Nyawa kita, yakni bayangbayang Sifat Tuhan. Maka adalah kelakuan Sifat Tuhan itu nyatalah pada diri kita yang Bathin dan bagaimana kelakuan sifat diri kita yang Bathin itu nyata pada diri kita yang Zahir. Maka jikalau kita hendak lihat kelakuan diri kita yang Bathin melainkan hendaklah kita masuk kepada Alam Khayal ataupun Alam Misal melainkan dapatlah kita melihat kepada kenyataan Sifat Tuhan. 

Maka apabila sudah kita faham akan yang demikian itu maka kita ketahuilah hiudp Badan itu dengan sebab hidup Nyawa dan tahu Badan itu dengan sebab tahu Nyawa dan kuasa Badan itu dengan sebab kuasa Nyawa dan berkehendak Badan itu dengan sebab berkehendak Nyawa dan mendengar Badan itu dengan sebab mendengar Nyawa dan melihat Badan itu dengan dengan sebab melihat Nyawa dan berkatakata Badan itu dengan sebab berkatakata Nyawa dan gerak diam Badan itu dengan sebab gerak diam Nyawa.

Maka apabila sudah engkau faham seperti yang tersebut itu engkau ketahuilah hidup Nyawa itulah tempat menzahirkan hidup Tuhan dan tahu Nyawa itulah tempat menzahirkan ilmu Tuhan dan kuasa Nyawa itulah tempat menzahirkan Qudrat Tuhan dan berkehendak Nyawa itulah tempat menzahirkan Irradat Tuhan dan mendengar nyawa itulah tempat menzahirkan Samei’ Tuhan dan melihat Nyawa itulah tempat menzahirkan Bashar Tuhan, berkatakata Nyawa itulah itulah tempat menzahirkan Qalam Tuhan dan berkatakata yang tujuh itu pada diri kita yang bathin itu seperti nyatalah sifat diri kita yang Bathin dan diri yang Bathin itu sepertilah pada diri kita yang Zahir ini, maka engkau ketahuilah dan engkau kenallah bahawa diri kita yang Bathin itulah Nyawa kita tempat nyata Sifat Tuhan dan diri kita yang Zahir ini tempat tempat nyata Sifat diri kita yang Bathin. Maka janganlah engkau cari Tuhan mu itu tempat yang lain pada diri kamu itu sangat nyata kerana sekelian alam ini seperti keadaan engkau jua, tetapi nyata Tuhan mu itu pada diri kamu itu terlebihlebih nyata daripada yang lain kerana manusia itu tempat menerima dan menzahir SifatNya dan Asma’Nya dan Af’alNya. Sifat pun Sifat Zat, Asma pun Asma Zat dan Af’al pun Af’al Zat. Qodim keempat-empat itu Sa pada pihak tanzal dan takrop inilah rahsia orang yang mengenal diri yakni kenal diri yang Zahir dan diri yang Bathin itu tiada memunyai wujud pada haqiqatnya segala sifat yang tersebut itu sekali-kali melainkan pada menjadi menghantarkan kepada bukan tempatnya akan tempat menjatuhkan hukum, taklik di atas hambanya yang mengerjarkan amar dan nahi maka jadilah hasillah ma’rifat kita pada tiga martabat. Pertama-tamanya kenal diri yang Zahir dan kedua kenal diri yang Bathin dan ketiga kenal Tuhan.

Maka apabila sudah engkau faham segala yang tersebut itu, melainkan hendaklah engkau meng Esa kan dan meng Shahadah kan dan Mujahadah dan Markibah dan Mengabalah dengan Tuhan mu itu pada diri kamu itu kerana Ianya jua. Permulaan nyata pada kita melainkan hendaklah kita senantiasa hadir hati kita kepada Tuhan kita itu jangan sekali-kali lalai-lalai pada duduk-duduk dan berjalan dan gerak dan diam kita dan barang sebaginya. Maka segala yang tersebut itu seperti berlaku di atas kitanya itu semuanya perintah Tuhan diatas hambanya. 

Maka perintah itu adakalanya baik dan adakalanya jahat dan adakala nikmat dan adakalanya rahmat, maka jatuh perintahnya itu diatas hambanya, melainkan wajiblah diatas hamba itu membayar haknya takala itu datang nikmat diatas kita melainkan wajiblah membayar hakNya dengan segera kita anugerah daripadaNya. Maka apabila datang bala diatas kita maka kita pandang dengan haqiqat bahawa bala itu daripadaNya jua. Maka wajiblah diatas kita membayar hakNya dengan sabar dan redha serta taat, maka takala itu datang kebajikan diatas kita maka kita pandanglah kebajikan itu daripadaNya jua, maka wajiblah diatas kita membayar hakNya dengan segera anugerahNya. Maka takala datang kejahatan maksiat diatas kita maka kita pandang dengan mata hati kita Ianya jua yang menjadikan maksiat itu diatas hambanya melainkan wajiblah diatas kita membayar hakNya dengan banyakbanyak Astaghafirul Allah Alazhim serta kita minta ampun dan kita minta berlindung kepadaNya jua kerana Ianya jua yang menjadi segala jenis yang tersebut itu melainkan Ianya jua yang mengampunkan dosanya kita melainkan Ianya jua Tuhan mengasihi akan hambaNya, maka jika tiada hal yang demikian itu hal kita niscaya sia-sialah hidup kita dalam dunia ini melainkan menyesallah kita didalam akhirat dengan tiada berguna lagi kerana sekeliannya itu kembali kepada mu jua, baik dan jahatnya, wabillahi taufik. Kepada Allah jua kita minta ampun dan kita minta tolong dan kepadaNya jua kita berlindung dan kepadannya jua kita bergantung dan kepadaaNya jua kita harap wallahu alimu antahi( ).

Today, there have been 11 visitors (32 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=