( ) Yakni tiada jua nafas yang keluar masuk akan dia itu melainkan adalah kadar pada mu yang dilalukannya itu akan dia. Yakni segala nafas yang engkau keluar dan masuk itu dikirakirakan atas mu kerana nafas itu menghendaki ia tajali demikian. Tajali mengujikan ma’rifat dan ma’rifat itu mengujikan ubuddiah maka ubuddiah itu diam di bawah segala takdir maka adalah tetap nafas itu suluth berjalan ia kepada Tuhannya. Kata setengah musheik jalan kepada Allah Taala itu di atas bilangan nafas makhluk yang mengetahui akan dia maka bilangan nafas itu di dalam sehari semalam (24,000). Demikianlah hamba itu di dalam segala nafas dijadikan bagi Tuhannya tiada diatas dan di bawah kerana segala nafas itu jazaun (balasan) segala amalnya yang memberi bekas lagi manafaat setengah mereka. Bilangan barang yang kuat setengah daripada segala nafasnya pada yang memamah daripada segala makanan supaya jangan istighal (muskil) ia pada segala nafas di dalam makan lain daripada Zikir Allah dan inilah markiah yang tinggi pada makam Al Sulukh telah membalikkan akandia oleh segala orang yang dahulu tetapi yang terlebih kamal padanya itu markiah (Thorikat AlA’ni) Murad markiah itu menunjukkan hati dengan menilik Hak Taala didalam bathin dan didalam zahir, tiap masuk keluar masuk tanazal dan takrop. Maka barang siapa memeliharakan Allah Taala di dalam segala hal yang tersebut itu melainkan hendaklah dihentikan segala ehwal yang jahat. Wallahu A’lam bi muridiah.


 

 

Nota:

Adapun zikir tujuh isim ini dengan tujuh tempat dan tujuh jalan ditujuh pandangan dan tujuh isyarat.

Pertama Latiffu Qolbi iaitu di bawah susu kira renggang dua jari cenderung kelimbungan.

Kedua Latiffu Ruh di bawah susu kanan renggang dua jari kelimbungan.

Ketiga Latiffu Sirri tempat di atas susu kiri renggang dua jari cenderung ke dada.

Keempat Latiffu AlKhofi diatas susu kanan renggang dua jari cenderung ke dada.

Kelima Latiffu IllaKhofi tempat ditengah dada renggang dua jari cenderung.

Keenam Latiffu AlNapsi tempat ditengah dahi cenderung.

Ketujuh Latifu Al Qolab tempat sekelian badan yakni bernama Alsultan Zikiri dengan jalan Thoriqat Sheikh Napsiah.

Today, there have been 11 visitors (25 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=