Inilah syarat masuk khalwat doa Riadhoh Fatihah dan Riadhoh Ayat Kursyi tetapi bacaan masing-masing huruf tetapi fadilat lebih Ayat Kursyi. Maka adapun masuk khalwat itu, hendaklah menahan dari makan benda yang bernyawa ataupun keluar daripada zat yang bernyawa. Maka hendaklah puasa siang hari masa didalam khalwat itu selama tujuh hari. Tetapi masuk dalam khalwat itu waktu fajar subuh hari Selasa jangan hilang wudud pada waktu jaga maka apabila hilang segera ambil dan hendak perasap kemian arab sentiasa pada waktu masa jaga dalam khalwat itu dan suci hati dan kain dan tempat.


Maka takala hendak baca doa ini hendaklah berhadap Qiblat baca dengan Bismillah dan takala membaca itu tiada boleh bercakap satu huruf yang lain masa dalam khalwat itu serta jangan hilang wudud. Maka dalam khalwat itu jikalau hilang maka segera ambil.

Apabila maka hendaklah berbuka puasa itu tiada boleh dengan makanan barang yang bernyawa ataupun keluar daripada zat yang bernyawa pada masa berkhalwat itu, jangan sekalikali lupa dengan syarat ini. Maka masuk khalwat subuh hari Selasa, jangan keluar hingga dapat maksud, melainkan hendaklah berbekal dengan secukup kemian dan air dan makanan dan aroma. Tiap kali lepas sembahyang lima waktu itu hendaklah dibaca Fatihah sebanyak 125 kali maka apabila cukup bilangan sebanyak 125 kali melainkan hendaklah dibaca Doa Riadhoh Fatihah satu kali.

Maka jikalau Riadhoh Ayatul Kursyi melainkan hendaklah dibaca Doa Riadhoh sahaja sebanyak 72 kali, maka kedatangan di dalam khalwat sama juga dan doa sahaja lain-lain.

Dan Riadhoh Fatihah hendaklah cukup bilangan baca Fatihah sebanyak 125 kali, kemudian baca satu kali tiap kali lepas sembahyang lima waktu itu dalam khalwat.

Maka adalah engkau dengar pertama kedatangan sesuatu suara kuat seperti suara hima. Pertamatamanya jangan takut tidak jadi apaapa dan yang kedua engkau dengar seperti suara kuda jangan takut tiada jadi apaapa dan ketiga datang bagai rupa yang sangat pelik tiga macam rupanya. Pertamatama rupa merah dan putih dan hitam bagai rupa manusia lalui ia dihadapan kita itu di dalam khalwat dan keempat dan merupa yang sangat pelik dan gerung iaitunya ia itu Tajali Nur jangan takut dan kemudian datanglah Qhadam cahayanya putih kuning memberi salam kepada kita demikian bunyinya:

Assalamua’laikum Ya Wali Allah

Maka hendaklah kita jawab

Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh

Kemudian jawab itu Qadam kepada kita

Ma turidu minna ya waliya Allah

Maka hendaklah kita jawab

Ma uridu minka ila khadiman yakhdumuni ma bakhiya min umuri

Maka jawab itu Qhadam kepada kita

Khuz haza khatam

Yakni ambil oleh mu cincin

Inilah Doa Riadhoh Fatihah, hendaklah baca AlFatihah sebanyak 125 kali kemudian baca doa satu kali, demikian bunyinya.


Today, there have been 1 visitors (2 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=