Pada menyatakan Rukun Tiga Belas, pertamatamanya Niat, maka adapun Niat itu memeliharakan tubuh kita didalam dunia dan didalam akhirat dan adapun Berdiri itu meluaskan tempat di dalam kubur dan Takbiratul Ihram itu Qiblat didalam kubur dan baca Fatihah itu pakaian di dalam kubur dan Rukuk itu hamparan didalam kubur dan Iktidal itu minuman didalam kubur dan Sujud itu meluaskan Sirathalmustakin dan Duduk Antara Dua Sujud itu payung padang mahsyar dan Duduk Kemudian itu kenderaan di padang mahsyar dan Tahyat itu menjawab soal munkar nankir dan Sholawat itu memadamkan api neraka dan memberi Salam itu memasukkan kedalam syurga, wallahu alam bimauradiah.

Hai tholib ketahuilah oleh mu, melainkan hendaklah kamu menentukan jalan Sakaratul Maut seperti firman Tuhan bagaimana yang tersebut di dalam Quran ( ) dan apabila datang diatas seseorang hambanya arif yang beroleh kurnia daripada Tuhan yang sempurna makrifatnya daripada Allah Taala maka tiadalah yang lain datang pada hambanya melainkan kehendak Tuhannya jua sematamata yang kasih, pertunjukkan DiriNya kepada hambanya yang beroleh taufik itu maka pada ketika itu sakitlah kita tiadalah mendu itu lagi akan dirinya kita dan pada ketika ikrar pun hilanglah daripada lidah dan tasdid pun hilanglah daripada hati dan pendengaran pun hilanglah daripada telinga dan penglihatan pun hilanglah daripada mata dan kuasa pun hilanglah daripada tulang kita, maka segala yang bercerai-cerai itupun hilanglah semuanya.

Maka semuanya itu berhimpun kepada fuad kita yang beroleh kurnia daripada Tuhan maka dibukakan Allah Taala pada penglihatan kita dengan makrifat Allah Taala sekoyong-koyong, maka hadirlah diri kita Sifat Allah itu berhadapan dengan kita maka rupanya itu sepertikan rupa Muhammad Sholallahu Alaihi Wasallam tetapi eluknya itu tiada bandingnya. Maka adalah Zat Allah Taala itu serta dengan Sifat Nya itu seumpama permata dengan cahayanya seperti kaca dengan bayangnya itu demikianlah Sifat dengan Zatnya itu. Maka terbitlah yang hening daripada Sifat Nya itu lantas tujuh petala langit dan bumi dan lantas ke bawah Arash Allah Taala, maka kita pun lengalah memandangkan Tuhan, kita pun lalu pianglah cahaya Sifat Allah Taala seperti kilat yang Maha Tinggi maka masuklah kedalam fuad kita, maka cahaya itu pun keluarlah daripada fuad kita, maka bukit itu pun serta samasama dengan cahaya Sifat Allah itu keluarnya maka kembalilah bukit itu pada asalnya yang Maha Tinggi.

Maka tubuh kita itu pun terhentilah seperti batang kayu, maka di tanam oranglah ke dalam kuburnya iaitu keluar Nyawa dalam Zat keluar Zat dalam Nyawa keluar hidup meninggalkan liang. Baca Kul huwallahu Ahad (AlIkhlas) tiga belas kali. Assalamualaikum Saidina Alam terbukalah engkau aku nak letak umat Muhammad yang sebenarbenar hamba Allah yang menerima sidiq Ya Hu Ya Hu Ya Hu hilang wujud didalam hati, hilang hati dalam nyawa hilang nyawa di dalam Zat, wallahu alam.

Adapun Zat Islam itu Tubuh kita dan Zat Iman itu Ruh pada kita dan Insan itu Rahsia pada kita dan yang sebenarbenar Islam itu Nyawa pada kita dan Tempat Islam itu Hati pada kita dan yang diperislamkan itu Tubuh kita dan yang sebenarbenar Iman itu Nyawa pada kita iaitu Nywa yang Suci dan tempat Iman itu Hati yang Nurani dan yang diperimankan itu Tubuh kita yang kasar dan yang sebenar-benar Shuhud itu Nyawa kita dan Tempat Shuhud itu Hati pada kita dan yang dipershuhud itu Tubuh kita dan adapun yang sebenarbenar Suci itu Nyawa kita dan tempat suci itu Hati kita dan yang dipersuci itu pun Tubuh kita dan adapun Shahadah itu Nyawa kita dan tempat Shahadah itu hati pada kita dan yang di pershahadah itu tubuh kita dan adapun yang sebenar benar Sembahyang itu pun Nyawa kita yang halus dan tempat Sembahyang itu Hati kita yang putih lagi halus dan yang dipersembahyangkan itu Tubuh kita yang kasar ini, wallahu alam.

Today, there have been 11 visitors (16 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=