Ketahuilah oleh mu jalan Sakaratul Maut yang sangat-sangat dukacita kita memikirkan hal itu. Adapun takala datang Sakaratul Maut itu apabila salah perasaan kita daripada sediakala maka sesesangatlah hendaklah minta tolong kepada Allah Taala ditetapkan iman kita dengan rahmatnya dan lagi hendaklah kita baikkan diri kita dengan suci hati kita dengan tubuh dan hendaklah kita basuh dengan air markibah dan air mushahadah dan air mujahadah dan air mukafaf dan air makasafah dan air mukabalah dan air riadah dan serta hendaklah kita menghilangkan segala persekutuan akan barang yang lain daripada Allah Taala serta menhadirkan hati kita dengan Tuhan kita itu dengan jalan zikir jali dengan lidah kata (Lailahaillallah) serta hadirkan makna didalam hatinya. Jika lemah lidah daripada menyebut kalimah Almausyarapah itu melainkan hendaklah zikir dengan Khofi Allah Allah Allah dan jika lemah hal yang demikian melainkan hendaklah zikir dengan jalan latiffu napsi dengan kalimah (Allah Allah) ataupu (Allah Hu) ataupun (Haq Haq Haq) ataupun ( AhAh Ah )salah satu mana yang dapat Insya Allah Taala mudah-mudahan dengan tolong Tuhan kita niscaya dapat hilangkan daripada segala kesakitan penceraian nyawa dengan badan itu dan takala nyawa kita diambil oleh Malaikatul Maut itu didalam kita mushahadah kepada Allah Taala dengan kalimah yang tersebut itu. 

Maka jikalau kita dapat mendengar suara Malaikat yang mencabar akan dia melainkan hendaklah kita jawab dengan kalimah (Lailahaillallah). Maka jikalau datang oleh iblis alahi laknat hendak menghasut kita dengan perkataan yang indah-indah perkataannya maka hendaklah kita jawab dengan Kalimah itu jua kerana Kalimah itu pandang yang amat tajam dan tali yang amat teguh memutuskan dan menceraikan tengkuk iblis alahi laknat itu. Mudah-mudahan mati kita didalam Kalimah itu jua kerana sabda Nabi Sholallahu Alaihi Wasallam ( ) dengan Kalimah Almusyarapah melainkan masuk syurga ia dengan tiada hisab. Wallahu alimu bi taufik.

Bahawa dengan shuhud pada menyatakan tak dapat tiada melainkan hendaklah kita mengetahui oleh seseorang takala kita pndang daripada Alam Ijsam kepada Alam Misal itu adakala pada ketika Sakartul Maut dan adakalanya pada masa kita menshahadahkan kepada Nya itu maka jikalau masuk seseorang pada alam yang tersebut ini sayugianya hendaklah kita ketahui cahaya hati yang indahindah rupanya itu supaya jangan sesat perjalanan kita kepada Allah Taala kerana kebanyakan manusia ketika itu takala Sakaratul Maut itu melainkan mendapat ia cahaya hati yang Enam Bahagi itu maka dikatanya Cahaya Haq Taala maka disanalah kebanyakkan orang yang tergelincir imannya disesat oleh setan.

Today, there have been 1 visitors (9 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=