Soal, mana tempat Mikraj dan mana tempat Munajat dan mana tempat Berkatakata dengan Allah dan mana tempat Mushahadah kepada Allah dan mana tempat Mengabalah dan mana tempat Yang Tujuh iaitu sampai kepada Allah Taala.

Maka jawab, adapun Takbiratul Ihram itu tempat Mikraj kerana merintahkan segala rukun sertanya, maka takala kita membaca Wa’jahtu tiu makam Munajatnya dan takala kita membaca Fatihah itu Berkatakata dengan Allah Taala namanya dan takala kita rukuk itu Mushahadah namaNya dan takala kita sujud itu Mengabalah namanya Tujuh pun namanya. Yakni takala kita memberi salam itu sampai kepada Allah Taala namanya.

Soal, apa perkataan Sembahyang Lima Waktu itu yang sangat kita buatnya itu.

Maka Jawab, adapun Sembahyang Lima Waktu itu dengan sebab sepuluh perkara faedah bagi kitanya.

Pertama, perhiasan muka dan bercahaya hati dan sentosa tubuhnya dan mendapat rahmatnya dan meringankan siksa kubur dan membuka pintu langit dan ketujuh memberatkan timbangan dan mengangkat keredhaan Tuhan dan membuka pintu syurga dan kesepuluh dinding api neraka, inilah perkataan Sembahyang Yang Lima Waktu itu melainkan inilah sebab tiada boleh kita tinggalkan kerana perhubungan Allah. Wallahu alam.

Soal, dimana yang sebenarbenar tempat kita duduk. Maka jawab adapun yang sebenar benar tempat kita duduk itu didalam Qudrat dan Irradat Tuhan.Yakni hendaklah kita bungkuskan diri kita dengan Isim Zat itu oleh kerana kita hidup dijadikan Isim Zat itu darah daging urat kita, inilah kehendaki bagaimana tersebut itu.

Soal, dimana tempat yang sebenarbenar kesudahan- kesudahan kita masuk. Jawab, adapun sebenarbenar kesudahan kita masuk itu melainkan hendaklah masuk didalam Hadhorat Tuhan dengan tiada keputusan yakni dengan jalan Latiffu Khofi ataupun dengan jalan Latiffu Nafas.

Soal, mana yang sebenarbenar iktikad kita kepada Tuhan. Maka jawab, adapun yang sebenarbenar kita beriktikad kepada Tuhan kita itu iaitu hendaklah kita iktikad dengan jalan kumpulkan diri kita ini dengan Tuhan - Maka adapun murad dengan kumpul itu iaitu hendaklah kita tudungkan diri kita serta kita bersihkan diri kita ini lain daripada Tuhan kita itu melainkan dengan semata-matalah kita memandang Zat Tuhan kita sebenar-benar yang suci yakni hendaklah kita sarungkan diri kita dengan Isim Zat serta kita memandang senantiasa kepada Isim Zat itu seperti kata Abu Yazid AlBustami iaitu "Ana atubu min qauli Lailahaillallah" ( )

Yakni aku bertaubat daripada berkata Lailahaillallah melainkan inilah kehendak kumpulkan diri kita bagaimana seperti yang tersebut itu.

Melainkan hendaklah kita berperangai dengan perangai Allah, yakni hendaklah kita taat dan kerjakan bagaimana jalan yang suruh oleh Allah kepada kita dan bagaimana jalan yang Allah Taala kasih melainkan hendaklah kita taat dan serta hendaklah kita kerjakan bagaimana jalan hidup kita dengan tiada mati dan serta hendak kita tinggalkan jalan yang mati kepada kita itu oleh kerana sebab tiaptiap manusia itu ada dengan dua jalan. Satu jalan hidup, satu jalan mati melainkan hendaklak kamu faham dengan halus perkataan ini wallahu alam.

Today, there have been 1 visitors (26 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=