Adapun sembahyang daim itu (Ya Hu) atapun (Allah Hu) barang manamana jadi belaka antara kedua-dua itu, sah belaka keduadua itu oleh kerana kamu dapat ini petua daripada Tuan Syed Yahya bin Tuan Syed Rimau Terengganu dan lagi ini petua Tuan Haji Yusof dan lagi ini petua Tuan Syed Hamad bin Tuan Syed Abdullah Al Idrus dan ini petua Tuan Haji Muhammad Ali Kampong Seberang Takir Terengganu tetapi ini di atas lafaz diatas perkataan sahaja tiada ta’yin disini petua amalannya itu.

Adapun sebab kita mengaku kepada Allah Taala Tuhan kita itu oleh kerana tiada boleh kita menahan daripada kena jadi, jikalau kita tiada hendak diadakan kita ini tiada boleh sekalikali, inilah sebabnya mengaku Allah Taala itu Tuhan melainkan wajiblah kita sembah kepada Allah yang bernama Zat yang Wajibatul Wujud bersifat dengan ithtikak dan istighana ()

Soal, apa kita ini yang dijadikan Allah Taala kepada kita daripada batukah atau daripada kayukah dan bagaimana yang dijadikan itu, selama masa dijadikan itu dan berapa lama sudah yang dijadi itu dan dimana tempatnya Ruh kita ini sebelum ada dunia ini melainkan hendaklah kamu mencari guru yang sempurna.

Ketahuilah oleh mu adapun mengenal Makrifat itu datang satu cahaya yang suci dihadapan kita maka hendaklah dirupa-rupakan dan hendak dibagaikan dan hendak disamakan dan hendak dibandingkan dengan sesuatu bagaimana yang tersebut semuanya itu tida boleh oleh kerana Maha Suci cahaya yang terang menerang hening jernih itu zikirnya (Hu Hu Hu) pada shuhud kita melainkan hendaklah dihapus sekelian Zat diri kita yang kehambaan keapda Zat Tuhan, maka fanalah sekelian keadaan diri kita hingga nyatalah keadaan Zat Tuhan sematamatanya. Maka datanglah cahaya yang terang menerang hening jernih itu. Adapun murad terang menerang itu yang tiada dapat hendak ditentang dengan mata kepala kita tiadalah boleh melainkan dengan mata hati jua yang dapat menentangkan itu kerana "Ghoibah Rabbi bi Rabbi" ( ) Yakni ku lihat Tuhan ku dengan mata Tuhan ku. 

Dan adapun hening yang jernih ini tiada dapat menyerupai dengan cahaya yang lain. Adapun murad jernih itu jika sudah dapat kita tertentang dengan cahaya itu hingga lantas tujuh petala langit dan bumi melainkan tiada terlindung lagi arash dan kursyi syurga dan neraka. Adapun dalam cahaya yang terang menerang hening jernih itu, adalah suatu cahaya yang terang menerang hening jernih itu adalah suatu cahaya yang halus lagi putih sepalit lagi daripada kapas yang dibusar. Maka adalah bersifat seperti sifat rupa kita dan adalah bertanda pada dahinya itu tersurat Isim Zat yang suci, inilah Ruh Nabi kita Muhammad Sholallahu Alaihi Wasallam, yang dikatakan sebenar benar Sifat Allah Taala yang sebenar benanya Nur Muhammad pun namanya dan adapun cahaya yang terang menerang hening jernih itulah cahaya Zat Allah Taala. Maka datanglah memberi salam kepada kita maka hendaklah kita jawab salamnya itu, maka cahaya yang bersifat seperti rupa kita itu berjijaklah antara dua kening kita kedua-duanya. Maka cahaya yang terang menerang itu meliputi maujud pada sekelian alam kita, maka bukit itupun ikutlah, itulah yang sebenar-benar Tuhan dan sebanr-benar Penghulu kita serta Allah kerana Allah dengan Muhammad itu tiada bercerai, yakni Sifat dengan Zat itu tiada bercerai tanggal, yakni Sa, wallahu alam bitaufik. Maka Sakaratul Maut itu ikut ubun-ubun adanya.

Ketahuilah oleh mu bahawa sungguhnya adapun Tanah jadi tubuh, Air jadi hati dan Api jadi nafas. Mermula (Ahadiah) itu iaitu

(Alif) itu mertabat (La Ta’yin) Ertinya tiada Nyata (Ghaibul Ghuyub) Ertinya ghaib Allah Taala dan adapun (Wahdah) itu iaitu u (Lam Awal) mertabat (Ta’yin Awal) Ertinya Nyata yang pertama, yakni tajali (Sifat Allah) yakni Nur Muhammad pun ia, Aina Thabathah pun ia, Wujud Ithofi pun ia, Insan Kamil pun ia, ialah yang menanggung Isim Zat dan adapun (Lam Akhir) itu iaitu (Wahdahniah) itu ertinya (Ta’yin) akhir yakni nyata yang kedua, iaitu Asma’ yang bernama Allah sah Isim Zat Allah. Adapun (Ha) itu iaitu Nyata yang ketiga, yakni tajali (Ruh Adam) dengan kelimpahan (Ruh) inilah menjadikan Tubuh Adam, wallahu alam bitaufik faham olehnya dengan halus-halus.

Soal, mana yang sebenar-benar Rahsia yang diakui oleh Allah Taala kepada kita itu. Pada mertabat Mahkluk ataupun pada mertabat Ruh mahklukkah ataupun pada martabat Ilmu mahklukkah ataupun pada mertabat Zat mahklukkah, maka jikalau dikatakan pada mertabat Zat mahkluk niat Haq Taala akan melaku tubuh Adam - Seperti matahari dengan cahayanya itu lagikan berubah-rubah dan berpindah-pindah daripada segala yang bergerak-geraknya, maka tiada dapat sekali-kali dijadikan yang sebenar -benar Rahsia yang diaku oleh Allah Taala. Maka jikalau kita dikatakan pada haqiqat mahkluk kerana sifat mahkluk itu ketujuh dan hati itu terus pada ketujuh lapis bumikah dan kerana sebenar-benar Allah itulah mahklukkah ketujuh lapis langit dan bumi berpangkat-pangkat. Mengapakah tiada aku kenal sekali SirruAllah itu yang termaklum diatas sekali ahli alsuluth, wallahu alam.

Ini kedua-dua sifat nyawa dan adapun (Alif) diatas itu dalil menyatakan (Sifat) dan hurufnya dan (Alif) diatas berbunyi ( ) maka jadilah (Lam Awal) maka maknanya (Sifat) semata-mata mertabat Ta’yin (Awal) yakni nyata yang pertama tajali (Sifat Allah) (Nur Muhammad) pun ia, Ainul Fabasah pun ia Wujud Ithofi pun ia, Insan Kamil pun ia, inilah yang menanggung (Nama Allah) yakni (Isim Zat), inilah asal fardhu yang sebenar-benarnya, maka jadilah fardhu Sifat Makni, wallahu alam dan adapun (Alif) dibawah itu dalil menyatakan sama hurufnya (Alif) dibawah itu maka jadilah (Lam) Akhir makna Asma’ yang bernama (Allah) mertabat Ta’yin Shani, nyata yang kedua maka tajali (Ruh Adam) dengan kebesaran dan kelimpahan (Ruh) itulah menjadi tubuh (Adam). Maka daripada suatu huruf (Alif) itu menjadi tiga huruf (Alif) diatas bunyi ( ) maka huruf (Alif) itu maknanya (Zat). (Alif) diatas ( ) maka jadilah (Lam) Awal maknanya (Sifat). (Alif) dibawah ( ) maka jadi (Lam) Akhir maknanya (Asma’). (Alif) dihadapan () maka jadilah (Lam Jalalah) maknanya (Af’al) maka empat hurufnya itu menjadi empat (Sifat). Pertama-tama (Alif) Awal (Lam Jalalah) maka bernama (Allah) maknanya ( Zat Sifat Asma Af’al) maka jadilah (Allah) Sifat Salbiah, wallahu alam.

Adapun (Alif) dihadapan ( ) itu dalil menyatakan (Af’al) maka jadilah (Lam Jalalah) maknanya (Af’al) mertabat (Alam Ruh) Sifat Maknuwiah maka jadilah (Akbar) maka dengan kebesaran dan kelimpahan (Ruh) itulah menjadikan tubuh (Adam) wallahu alam + adapun (Alif) itu dalil menyatakan (Zat) huruf (Alif) itu maknanya (Zat) mertabat (Ahadiah) atas (Zatnya) maka dengan kebesaran dan kelimpahan (Alif) itulah menjadi ( ) yakni dengan kebesaran dan kemuliaan (Zat) maka tajali (Sifat Asma Af’al) maka sekelian itu (Qodim) keempatempatnya itu (Zat Sifat Asma Af’al) (Sifat pun Sifat Zat, Asma pun Asma Zat, Af’al pun Af’al Zat) itulah Sa pada pihak (Tanazal) dan (Takrop) (Zat Sifat Asma Af’al) (Lam Jalalah) Ta’yin pun ia Sirr Allah pun ia, itulah asal niat huruf dan suara, itulah asal erti aku sembahyang. Sifat Nafsi, yakni Wujud Allah, wallahu alimu bitaufik.

Today, there have been 11 visitors (36 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=