Adapun Takbiratul Ihram itu hendaklah kita hadirkan hati kita mushahadahkan kepada Zat Allah Taala dahulu lagi sebelum takbir, takala qamat itu niatkan didalam hati kita pulangkan sekelian pancar indera yang lima daripada kita itu demikianlah niatnya. Tiada pandang ku hanya Ia dan tiada penglihat ku hanya Ia dan tiada pencium ku hanya Ia dan tiada gerak dan diam ku hanya Ia dan tiada diatas dan tiada dibawah ku hanya Ia dan tiada hadapan ku dan tiada belakang ku hanya Ia dan tiada kanan dan tiada kiri ku hanya Ia dan tiada jauh dan tiada hampir ku hanya Ia dan tiada didalam dan tiada diluar ku hanya Ia dan tiada hamba dan tiada Tuhan ku hanya Ia dan adapun Ia itu wujud kita yang bathin hingga sampai kepada Zat Allah Taala. Maka katalah usholi adapun syarat Takbiratul Ihram itu dalil ( ) Ertinya tukarkan cahaya dirinya dengan cahaya Tuhan mu, adapun murad tukarkan cahaya itu ( ) Ertinya mati kamu dahulu daripada mati. 

Adapun syarat mati itu memulangkan amanat Allah untung dagang pada kita, adapun yang dikatakan amanah Allah, itu wujud kita yang kasar dan yang menanggung amanat  Zat Allah Taala itu takala kita mengatakan Lillahi Taala itu syaratnya hendaklah kita tarik nafas takala naik didalam fuad kita itu hingga sampai ke Alam Qudus dan makam ( ) maka serta kita tahan nafas kita hingga limpah rasanya pada sekelian alam kita serta kita berniat hapus wujud ku yang kasar kepada wujud ku yang bathin, hapus wujudku yang bathin kepada wujud Zat sematamata kepada shuhud kita, maka hapuskanlah sekelian Sifat Basirah diri kita itu didalam Laut Bahru Qodim hingga nyatalah sifat laut itu sematamata iaitu Ilmu Allah. Maka kita kata Allahu Akbar telah fana sekelian keadaan diri kita maka nyatalah yang keadaan Zat Tuhan semata-mata, inilah yang kita shuhud hingga sampai salam jangan lalai kita kepadanya.

Murad shuhud itu pandang dengan mata hati itu pengetahuan nyawa, alam nyawa dan itulah iman inilah Sirru Allah iaitu cahaya ilmu qalam Zat Allah Taala tiada huruf tiada suara wujud yang Mutlak sebenar-benarnya Tuhan, yakni kenyataan Zat Wajibatul Wujud inilah yang dinamai shuhud, inilah pegawai sekelian ambia-ambia dan sekelian aulia-aulia dan sekelian wali-wali Allah yang arifbillah yang kamil mertabat Nafsu Rodhiah dan AlMardiah dan Kamilah inilah Makarunah Kamaliah namanya, barangsiapa dapat memakam makarunah ini jikalau kanak-kanak umur tujuh tahun sekali pun dihukumkan wali dan hukumkan aulia diperliharakan Allah Taala daripada segala azabnya dan dianugerahkan Allah Subahanahu Wa Taala atasnya masa itu mati hingga sampai ke hari kiamat seperti orang tidur pagi bangun petang, dimana perasaannya diperliharakan Allah Taala dengan tubuhnya yang kasar tiada binasa kerana nyawanya itu berdiam didalam jasadnya itulah sebab tiada binasa jasad itu Kamil dengan Nyawa, Kamil dengan Tuhan. wallahu alam.

Adapun sembahyang yang sebenar-benar itu yang menyembahnya itu hamba yang disembah itu Tuhan. Maka yang menyembah itu Fana yang disembah itu Baqa dan adapun yang menyembah itu pulanglah kepada Adam, maka kekal yang disembah itu semata-mata pada shuhud kita, maka yang menyembah pun Ia yang disembah pun Ia dan yang memuji pun Ia yang dipuji pun Ia kerana Allah Taala itu memuji diri diatas lidah hambanya kerana lidah hambanya itu pegawai Tuhannya Maka yang hamba itu tentulah fana sebab ditilik sekelian keadaan dirinya habis terpohon kepada Allah Taala, sekelian Qudrat dan Irradat sekelian itu daripada Allah Taala semata-mata maka tentulah fana diri hambanya maka kekallah Zat Tuhan semata-mata nyatalah kekalnya hingga kepada salam. Inilah yang kita shuhud, maka inilah yang sebenar-benar sembahyang segala orang yang arif wallahu alam.

Adapun Asma Hati dan (Alif) itu dalil menyatakan (Zat) maka jadilah niat usholi yakni aku sembahyang maka (Alif) diatas niat dalil menyatakan Sifat maka jadilah takrop yakni fardhu dan (Alif) dibawah itu dalil menyatakan (Asma) maka jadilah (Allah) dan (Alif) dihadapan itu dalil menyatakan (Af’al) maka jadilah ta’yin yakni (Akbar) maka lafaz huruf (Alif) itu maknanya (Sifat) maka jadilah (Lam Awal) dan adapun (Alif) dibawah itu maknanya (Asma) maka jadilah (Lam Akhir) dan (Alif) dihadapan itu maknanya (Af’al) maka jadilah empat huruf itu berhimpunnya maka bernama (Allah) maknanya ( Zat Sifat Asma Af’al) berhimpun semuanya pada (Zat) semata-mata. Sekelian yang tersebut itu asal sembahyangnya didalam diri kita, wallahu alam.

Dan adapun (Sifat) (Nyawa) maka qoshad itu menyatakan niat yang sebenar-benar niat itu tiada huruf dan tiada suara, maka inilah yang sebenar-benar niat, maka yang ada huruf dan suara itu bukan niat, iaitu Adam sahaja, Adapun yang sebenar-benar niat itu tiada huruf dan tiada suara inilah (Zat Allah Taala) inilah niat yang sebenar-benarnya dan asal niat dan tempat berniat pun inilah yang kita berniat yang sebenar-benar Tuhan yang Mutlak yang bersifat Zatul Wajibatul Wujud Kholaqo a’lam lagi bersifat Kamil, wallahu alam.

Muhammad adapun takrop menyatakan fardhu maka adapun yang sebenar-benar fardhu itu tajali Sifat Allah, ertinya Sa Sifat iaitu Nur Muhammad pun ia Ainul Shabathah pun ia, Wujud Ithofi pun ia, Insan Kamil pun ia, inilah yang sebenar fardhu dan asal fardhu pun ialah Ruh Nabi kita Muhammad Sholallahu Alaihi Wasallam, yakni tempat tajali sekelian Ruh Adam, inilah sebenar-benar dikatakan asal fardhu yang sebenar-benarnya kerana sekelian (Nyawa) itu tajali daripada Nur Muhammad seperti dalilnya
( ) 

Ertinya aku daripada Allah, cahaya sekelian alam ini daripada ku
( )

Yakni aku daripada Allah, sekelian ambia daripada ku.
( )

Yakni aku daripada Allah, sekelian mukmin itu daripada aku. Sebablah dikatakan Muhammad itu Ibu Illa Arwah, yakni Bapa segala nyawa dan adapun Adam itu Ibu AlBashar, yakni Bapa segala tubuh maka dikatakan sebenar-benar fardhu pada kita itu nyawa yang merintahkan badan jika tiada gerak Adam Nyawa, tiada bergerak badan wallhu alam.

Today, there have been 1 visitors (23 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=