Adapun hati itu lima bahagi.

Pertama (Shodru) yakni tempat (Islam ) dan kedua (Qolbi) yakni tempat (Iman) dan ketiga (Fuad) tempat Ma’rifat dan keempat (Shaghak) yakni tempat (Mahbah) dan kelima (Lub) yakni tempat (Tauhid) dan suatu kata Sheikh pangkat hati itu tujuh martabat. Pertama (Shodru) kedua (Qolbi) ketiga (Fuad) keempat (Shaghak) kelima (Habbatul Qolbi) keenam (Suloh) ketujuh (Bahjatul Qolbi) namanya yakni tempat Nur yang tiada bagai warna maka yang dahulu itu masingmasing dengan warnanya. Wallahu A’lam.

Seperti dimisal segala Ariffin manakala datang segala Warid Alihah kepada engkau nescaya dirintahlah segala adat yang jahat atas mu itu. Seperti firman Allah Taala bahawa segala Rajaraja itu apabila masuk ia kepada suatu dosa niscaya dibinasakan akandia, yakni diubahkan hal dosa itu daripada hal atasnya dan tiada memerintahkan demikian itu dengan dirinya tetapi dibinasakan kepada barang yang jadi daripada pekerjaan mereka itu dan seperti Warid Rabbaniah atas segala hati hambanya niscaya mengeluarkan ia daripada akan tiaptiap sifat yang jahat itu dan pakai dengan tiaptiap sifat dan perangai yang baik dan dikata setengahsetengah Musheikh apabila masuk Warid Alihah itu di atas hati hambanya niscaya dibinasalah daripada barang yang lain daripadanya, maka tiada boleh akan ia berlaku seperti doa dan tiadalah tasrip dengan segala sebab dan telah diketahui bahawasanya segala Warid Alihah itu iaitu segala rajaraja yang dibangsakan tinggi iaitu Ruhaniah itu maka apabila masuk ia kepada dosa bumi, wujud yang dibangsa Jasmaniah itu melainkan dengan (latiff) yang bangsa Ruhaniah itu niscaya dirintahlah segala adat yang dibangsakan Jasmaniah yang thobiat dan binasalah segala halnya yang dibangsa (Hawatih) yang ada ia di atasnya seperti bahawa dibalikkan Allah Taala akan ia dan dijadikan Bumi Wujud itu didalam Ruhaniah seperti Ruhaniah itu menjadi Jasmaniah dan Jasmaniah menjadi Ruhaniah. Wallahu A’lam. Seperti tubuh itu tempat nyata Hati dan Hati itu tempat nyata Isim Zat dan Isim Zat tempat nyata Nyawa dan Nyawa tempat nyata Rahsia dan Rahsia tempat nyata Cahaya dan Cahaya itu tempat nyata Tuhan, maka adalah sekelian yang tersebut itu pada Haqiqat (Lam Jalalah) tiada melainkan Zat Allah Taala yang sebenarnya. Maka takala itu kita kata (Lailahaillallah) 

Makna istighana yang sebenar Nafi dan Isbat.

Makna ( ) Lailahaillallah makna Istighana dan Ihktikak.

Makna Ihktikak yang sebenar Nafi dan Isbat.

Yakni tiada yang kaya melainkan Ia jua dan berkehendak oleh tiaptiap yang lain itu kepadaNya jua. Nafi dan Isbat. 

Maka adalah tubuh kita itu dimisal seperti Alam dan Hati itu dimisal seperti Mahligai dan Nyawa itu dimisal seperti Sangkar dan Rahsia itu dimisal seperti burung terkukor bunyinya (Hu Hu Hu Hu Hu Hu Allah ). 

Pada suatu ibarat tubuh itu dimisal sebuah negeri dan hati dimisal maharaja kucing putih dan nyawa itu dimisal sangkar tikus yang sangat putih lagi halus dan rahsia itu dimisal burung maka burung inilah yang Ghaib
( )

Yakni ku lihat Tuhan dengan mata Tuhanku seperti kata Hadith Nabi Sholallahu Alaihi Wasallam (Man a’rof nafsihi fakud a’rof Rabbah) demikian lagi (Man a’rof sama hi fakud a’rof Rabbah sama Hu, Man a’rof nafsihi bil fana i, fakud a’rof Rabbah bil baqa i)

Yakni barang siapa mengenal akan dirinya dengan fana bahawasanya mengenal akan Tuhan dengan baqa yang maujud haqiqi yang mengenal yang diketahui dengan beberapa ibaratnya.

Bahawa adalah dirinya itu menzahir itu bukannya ia dan bukan lain daripadanya jika diibarat pada Ta’yin Awal iaitu

Lam (Lam) awal bermakna Sifat inilah murad daripada kata Tuan Sheikh ( ) 

Yakni melihat Hak Taala itu cermin bagi orang yang arif. Maka dilihatnya segala tafsir hal dirinya dan ia pun cermin bagi Tuhannya dilihat didalamNya dan Diri Nya dan Asma’ Nya dan Sifat Nya dengan sekira-kira menerimanya ia daripada Masheikhul Khuluwitiah tiada dengan sekirakira Tuhan kerana Tuhan itu tiada bagainya sekalikali hingga pada pihak Zatnya. Maka sebab itulah beroleh tajali Tuhan dalamnya sebab beroleh menerimanya disegala jalannya seperti umpama beruparupa cermin itu sebab berubahubah menerima cermin itu jua. 

Maka terkadang kecil rupanya didalam cermin sebab kecil cermin, terkadang panjang ia sebab panjang cermin, terkadang bergerakgerak ia sebab bergerak cermin, terkadang berbalikbalik ia apabila cermin itu diatas atau dibawah, terkadang berbitulan kekanan dengan ke kanan diri yang bercermin itu. Takala banyak cermin dan terkadang berbitulan ke kanan dengan ke kiri apabila ada cermin itu dihadapan. Maka adalah segala itu menunjukkan kepada rupa yang kelihatan didalam cerminnya jua dan bukan ia sekalikali diri yang bercerminnya itu dan bukan lain ia daripadanya itu. Adapun keadaan yang bercermin itu tetap ia seperti adanya tiada berubahubah kerana kenyataan didalam cerminnya jua sebab itulah berubahrubah menerima cermin jua. Demikianlah hendak kita misal dia dengan nisbahkan tajali Hak Taala kepada hamba.

Inilah dikatakan segala arif billah (Ahmad )
( )

Yakni yang Maujud itu Sa dengan Zatnya dan yang berbilangbilang itu dengan segala bangsa dan segala sandaran jua, wallahu a’lam bi mawaridiah.

Dan adapun suatu Syariat dan Thorikat dan Haqiqat dan Ma’rifat, bagaimana kenyataan seperti ini. Adapun Syariat itu nyatakan kepadaTubuh kita dan adapun Thorikat itu nyatakan kepada Hati kita dan adapun Haqiqat itu nyatakan pada Nyawa kita dan Ma’rifat itu nyatakan kepada Wujud Muhammad Sholallahu Alaihi Wasallam kerana huruf (Muhammad) itu empat huruf dan adapun Syariat itu itu nyatakan kepada huruf dal ( dal ) dan adapun Thorikat itu nyatakan kepada huruf mim
( mim ) akhir dan adapun Haqiqat itu nyatakan kepada huru ha ( ha ) dan adapun Ma’rifat itu nyatakan kepada huruf mim ( mim ) awal dan adapun mim ( mim ) awal ibarat Alam Lahut dab huruf ha (ha) itu ibarat Alam Jabarut dan huruf mim ( mim ) akhir itu ibarat Alam Malakut dan huruf dal ( dal ) itu ibarat Alam Nushut (+) 

Seperti kata syair ( )

Yakni Syariat itu dimisal seperti perahu maka adalah perahu itu ibarat Tubuh kita yang kasar, murad dengan kasar itu seperti mata dan telinga dan tangan dan kaki dan perut dan faraz mulut dan adapun Thorikat dimisal seperti laut maka adalah laut itu ibarat Hati kita, murad dengan Hati itu ialah bersih dan suci ingat kepada Tuhan dan berjalan kepada Tuhan dan melihat kepada Tuhan dengan jalan tali dan layar perahu itu dan adapun Haqiqat itu dimisal seperti permata yang halus. Maka adapun permata itu ibarat Nyawa, murad Nyawa kita itu tempat menerima gerak dan diam dan menerima amar dan nahi dan sebagainya dan adapun Ma’rifat itu dimisal seperti minyak maka adalah minyak itu ibarat Rahsia pada kita murad dengan Rahsia itu yang terima oleh Nyawa dan ditanggung oleh Nyawa seperti kata syair dan Hadith Nabi Sholallahu Alaihi Wasallam.

( )
Yakni manusia itu Rahsiaku dan Aku rahsianya, murad dengan rahsia itu menerima dan menanggung amanah dan amanat Ku. 

( )
Yakni bermula manusia itu Rahsiaku tetapi Rahsiaku itu Sifat Ku tiada daripada Sifat Ku murad dengan Sifat Ku itu ialah Sifat itu tempat kenyataan Zatnya dan Asma’ dan Af’al . Qadim keempatempat itu. Sifat pun Sifat Zat, Asma’ pun Asma’ Zat, Af’al pun Af’al Zat. Qadim keempatempat itu Sa pada pihak tanazal dan takrop.

Yakni Tajali Zat itu Sifat (Nur Muhammad) dan Tajali Sifat itu Nyawa dan Tajali Nyawa itu Jasad Adam . Wallahu A’lam.

Seperti datang satu masalah, datang engkau mana Sifat dan apa Sifat kerana yang engkau katakata itu Dua Puluh itu Sifat dan takala engkau bilangbilangan itu Sifat dan takala engkau suratkan dengan satu huruf itu Sifat dan takala engkau bilangbilang itu Sifat namanya, maka semuanya seperti yang tersebut itu bukan ia sekali Sifatnya oleh kerana sebab Maha Suci Sifat Allah Taala dan Maha Suci dan Maha Tinggi Sifat yang Haqiqi itu daripada akan disuratkan dengan suatu huruf dan Maha suci daripada berkatakata dan Maha Suci daripada huruf dan suara dan lafaz dan Maha Suci akan dibilang yang demikian itu sudah bagaimana Sifat Allah Taala itu yang sebenarbenarnya.

Maka jawab oleh mu, adapun ibarat yang dinamakan yang sebenarbenarnya Sifat Allah Taala yang Haqiqi itu iaitu pada ibarat takala menyampaikan akan dikau pada kelakuan maudhufnya, pada takala engkau fikirkan pada Citacita dan engkau hampirkan Ia Budi mu itu didalam alam khayal dan alam misal itu melainkan ialah yang sebenarbenar Sifat Allah Taala serta engkau masuk dan engkau duduk di dalam majlis Allah Taala itu sekurangkurang dua puluh lima kali didalam satu hari dan dalam satu malam. Maka inilah yang sebenarbenar Sifat Allah Taala, sebermula apabila telah engkau sudah bertemu dengan Sifat yang bukan lafaz dan bukan huruf dan bukan suara itu pada keadaan diberi oleh Guru engkau Masheikhul Khuluwitiah dengan mengajaran yang sempurna itu kepada engkau. Maka takala itu mesralah engkau dengan Sifat yang Satu itu pada sekelian batang tubuh. 

Takala itu memberitahu oleh Allah Taala akan dikau pada ketika itu dengan beberapa segala Rahsia Sifat yang mulianya itu maka takala itu dapatlah engkau bertemu dengan yang Empunya Sifat yang tiada bersisinya dan tiada berpihak dan tiada terhingga ialah yang menunjukan atas segala qolbi khasaf dan segala arif melainkan disanalah lenga dia dengan Rabbi A’lamin, pianglah ia disana pada ketika itu akan dirinya hairanlah ia tercengang Allah pada ketika itu keelukannya. 

Bermula apabila sudah lenga engkau dengan Zat Allah Taala yang tiada bersisi dan tiada berpihak, pada takala diberi Guru engkau dengan pengajaran yang sempurna serta dengan cukup syarat-syaratnya itu akan dikau maka hendaklah engkau tilik akan diri engkau itu tiada sekalikali mempunyai wujud sendirinya melainkan ialah dengan Wujud Allah Taala jua sematamatanya yang berlaku pada engkau itu senangtiasa sekarang ini.

Seperti kata syair orang yang arif billah
( ) 

Yakni aku berdiri dengan rububiah, hilanglah aku daripada kehambaan ku maka seseolah segala araf itu wajib alwujud sematamata wabillahi taufik. 

Sabda Nabi Sholallahu Alaihi Wasallam
( )

Yakni berfikir pada satu saat itu ada khitobi qalam dengan zuk terlebih afdal ibadat seribu tahun (+) kata setengah Musheikh, ibadat yang zahir itu dengan segala rupa maka yang zahir itu takluk ia pada badan. Dan badan itu takluk ia pada segala rupa yang berdiri ia maka Sirr Hayyatnya itu Wujud Sirr Ruh seperti kata Ajmal Allah (Laillahaillallah) itu empat menjadi satu, maka karamlah ia didalam Laut Bahru Alqodim yang tiada bertepi dan tiada bersisi dan tiada berpihak, inilah seperti kata Tuan Sheikh Wali Ya Allah yang besarbesar. 
( )

Yakni maka ghaiblah aku daripada segala pandangan aku 
( )

Yakni apabila ghaiblah aku daripada wujud ku adalah aku bertemu dengan Tuhan ku. 
( ) 

Yakni tiada ada pandanganku melainkan Adam jua.

Sebermula jika tiada wujud mu itu nescaya nyatalah Tuhan mu itu

( Ana atubu min kauili Lailahaillallah ) 

Yakni aku taubat daripada berkatakata (Lailahaillallah) 

Wallahu A’lam.

Today, there have been 1 visitors (7 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free