Bermula nafsu sebelum sampai kepada darjah Nafsu AlMutmainah ini baginya dua darjah dengan ikthbar segala sifatsifat. Pertama dinamakan dia Nafsu AlLawamah iaitu murad dengan firman Allah Taala (+)( )

Yakni tiada aku bersumpah dengan Nafsu AlLawamah itu yakni nafsu yang mencela akan segala kejahatan kerana sifat orang yang mempunyai Nafsu AlLawamah itu mencela-cela ia akan segala maksiat tetapi belum lagi sampai sekalikali daripada maksiat itu oleh kerana suka ia berbuat taat kepada Allah Taala tetapi belum tetap sekalikali perbuatan taat yang tersebut itu kerana seseorang duduk martabat Nafsu AlLawamah itu iaitu belum lagi hilang hawa nafsunya itu. Segala sifat kejahatan yang berkehendak kepada jalan maksiat tetapi tengah antara oleh kerana berkehendak hatinya itu berbuat ia akan maksiat itu, maka mencelacela ia akan dirinya sendiri tiada suka ia hal yang demikian itu ijab pula akan dirinya. Maka bersalahan-bersalahan seseorang yang telah sampai kepada yang ke empat iaitu martabat nafsu AlMutmainah telah ditetapkan hatinya tiada sekali-kali bergerak hatinya berbuat maksiat.

Dan adapun Nafsu Amarah itu suka berbuat kejahatan. Inilah martabat yang ke bawah sekali iaitu sejahatjahat nafsu seperti itu di dalam ayat
( ) 

demikian hendaklah kita menyucikan daripada Nafsu Amarah dengan membanyakkan Zikirullah Taala supaya lepas kita daripada Nafsu Amarah itu mudahmudahan sampai kita naik kepada martabat AlLawamah dan daripada AlLawamah itu kita naik kepada darjah AlMutmainah maka AlMutmainah inilah permulaan ma’rifat kita akan Allah Taala dengan ma’rifat yang sebenarbenar ma’rifat.

Bahawasanya adapun bilangan nafsu itu tujuh martabat. Pertamatama Nafsu Amarah namanya dan adapun Nafsu Amarah itu enam martabat. Pertama perjalanan dan kedua baginya alam dan ketiga baginya tempat dan ke empat baginya hal dan kelima baginya wirid dan keenam baginya sifat. Maka perjalanan itu Illa Allah Taala dan alamnya itu alam shuhud dan wirid itu syariat dan sebagainya baik orang yang suluth membanyakkan ia akan Zikirullah Taala menyata 

padahal berdiri dan duduk supaya lepas ia daripada Nafsu Amarah itu hingga sampai kepada Nafsu AlLawamah. 

Dan adapun martabat yang kedua Nafsu AlLawamah namanya, maka AlLawamah itu perjalanannya itu kerana Allah Taala dan alamnya itu alam AlBarzah. Yakni Alam Misal tempatnya itu di dalam hati, halnya itu mahbah Allah - tetapi gemar ia didalam mujahadah dan memerangi Nafsu Amarah dan gemar ia maufakat akan syariat - tetapi masuk ia di atas ijab dan riakriak yang khofi dan gemar dilihat manusia atas ibadatnya padahal tiada dilihatkannya ibadatnya itu kepada manusia dan tiada beramal dia kerana manusia, tetapi amalnya itu kerana Allah Taala akan tetapi bergerak didalam hatinya suka ia dipuji oleh manusia akan dia daripada pihak amalnya dan hendaklah engkau minta berlindung kepada Allah Taala serta membanyakkan zikir Allah, Allah, Allah Yakni Allah itu aku berlindung Allah aku bergantung dan Allah aku harap dan Allah aku kehendak dan Allah aku tetap dan Allah aku berdiri dan Allah aku lengkap, maka Allah itu (Isim) (Zatnya) mudahmudahan supaya lepaslah kita daripada Nafsu AlLawamah ini hingga sampailah kita kepada Nafsu AlMulahamah dan martabat yang ketiga (3) martabat AlMulahamah namanya. 

Maka Nafsu AlMulahamah itu perjalanannya itu A’la Allah bahawasanya pada maratabat ini tiada jatuh tilik mata hatinya itu melainkan atas shuhud perbuatan Allah Taala nyata haqiqat Iman dan yakinnya didalam hati sekelian perbuatan yang berlaku di dalam alam ini semuanya terbit daripada Allah Taala. Yakni daripada Qudrat Allah Taala - murad dengan fana pada fana martabat ini iaitu lupa daripada perasaan dirinya, murad dengan fana martabat Nafsu AlMutmainah itu iaitu fana segala sifat dan segala shuhud ia akan sifat Allah Taala dan murad fana martabat Rodhiah itu iaitu fana dirinya daripada segala Sifat Basirah didalam shuhudkan Ahadiah Allah Taala kerana martabat Nafsu AlRhodiah itu telah hampiri kepada Makam Albaqa. Maka Makam Albaqa itu martabat Nafsu AlMardiah bicaranya itu, alamnya itu alam Illa Ruh dan tempat itu di dalam Ruh dan halnya itu asyik akan (Allah Allah ) dan sifatnya itu murah hati, ilmu itu ilmu laduni maka dinamakan pada istilahUlama Ahli Sufi akan Fana ill faal dan tiada di ihtiraf atas segala makhluk sekalikali. 

Maka adapun segala manusia ini didalam tilikan itu seperti wayang kulit dan wayang gambar yang digerakkan oleh dalangnya itu. Setengah daripada sifat itu asyik, yakni rindu dan menangis ia dan susah hati dan makshul dengan beberapa dukacita berbuat ibadat akan Allah Taala dan makshul ia dengan Zikirullah dan barang sebagainya, pada hal berbuat dibalik yang demikian itu seperti di gerak jari ialah sebab tempat menzahirkan urat dan darah dan urat darah itu itu ialah menzahirkan perjalanan nadi dan nadi itu ialah tempat menzahirkan cahaya nafsu dan nafsu itu ialah tempat menzahirkan tajali ruhani dan ruhani itu tempat tajali Ruh Ithofi dan Ruh Ithofi itu tempat tajalinya.

Maka janganlah kamu makshul daripada Zikirullah Taala bagaimana seperti yang tersebut di dalam kitab Sirrul Suluth dan sebagainya, telah sampai kepada martabat ini hendaklah membanyakkan zikir Hu Hu Hu terkadang dengan Nafsi Isbat Wala Hu Illa Hu maka wa alif wa pada Hu itu tiada memberi bekas di dalam hati melainkan dengan membanyakkan dengan zikir khofi atau dengan zikir Latifatul Nafsi supaya sampai ia kepada maratabat Nafsu AlMutmainah pada ketika zikir Hu Hu Hu itu seolaholah ia melihat dengan mata hati akan Allah Taala dengan tiada ikhtibar suatu baginya dan rupanya dan tiada ikhtibar dengan suatu jisim dan tiada dimisal dengan sesuatu misal.

Maka adapun martabat yang ke empat nafsu AlMutmainah maka perjalanan serta Allah dan alamnya itu iaitu Haqiqat AlMuhammadiah iaitu ibarat daripada Zat Allah Taala dan Sifatnya pada martabat Ta’yin Awal (+) dan namakan martabat Wahdah dan tempat itu didalam Sirri dan halnya tetap hati kepada Allah Taala dan waridnya itu dengan beberapa rahsia syariat yakni bathin Ilmu Syariat ma’rifat Ilmu Haqiqat dan sifatnya murah hati dan ibadatnya syukur redha ia dengan Qada Allah dan sabar atas kena bala. Perangainya dengan perangai Allah dan perangai Nabi Sholallahu Alaihi Wasallam dan kelakuannya dengan kelakuan Allah dan adalah makam ini tamkan (sempurnakan) dan Ainul Yakin dan makam iman yang kamil apabila sampai kepada martabat ini melainkan hendaklah dengan membanyakkan zikir dengan tiada huruf dan suara ataupun dengan huruf dan suara mana suka dengan jalan Latifatul Khofi.

Dan adapun martabat yang kelima nafsu AlRodhiah maka perjalanan itu Fi Lillahi Taala alamnya itu Alam Al Lahut yakni alam zat iaitu ibarat martabat AlAhadiah iaitu semata-mata shuhud akan Zat Allah Taala dengan tiada ithbar Sifat dan Asma’ dan Af’al maka tempatnya di dalam Sirr dan halnya fana daripada dirinya dan lainnya maka sematamata itu shuhud akan Zat Allah Taala. 

Makam inilah makam Maujud Illa Allah. Bermula Nafsu AlRodhiah ini tiada baginya wirid kerana makam ini gugur segala ithbar Sifat dan Asma dan Af’al, bersalahan pada martabat dua Hu itu. Daripada martabat ini maka baqa dengan dirinya dan bersalahan pula pada martabat yang kemudian daripada ini iaitu baqa dengan Allah Taala dan adalah sifat martabat Nafsu AlRodhiah ini iaitu
( ) 

Yakni benci lain daripada Allah Taala melainkan hendaklah kamu banyak dengan zikir Alhayyi Alhayyi Alhayyi pada martabat ini supaya masuk ia kepada martabat yang keenam iaitu Nafsu AlMardiah dan perjalanan ini dengan Allah supaya sampai ia kepada Allah Taala dan alamnya itu Alam AlShahadah, yakni Alam AlAjsham dan tempatnya itu didalam khofi dan halnya itu AlKhahirati yang maqbul iaitu yang diisyaratkan oleh Nabi Sholallahu Alaihi Wasallam Sabdanya (
)

Yakni hai Tuhanku tambahlah oleh mu akan daku didalam ma’rifat akan dikau hairan tercengang cengang, waridnya itu syariat dan tabiat daripada nafsu kepada Nur Ruh dan zikirnya Ya Qoyyum Ya Qoyyum Ya Qoyyum pada siang malam sekirakira memberi bekas zikir itu di dalam hati . 

Dan adapun martabat yang ketujuh itu Nafsu AlKamalat namanya maka perjalanan itu Billah dengan Qudrat Allah dan Irradat Allah Taala dan alamnya itu Alam Shuhud, AlKhasrah fi Al Wadah Shuhud Al Wadah fi AlKhasrah dan tempatnya itu didalam khofi dan adalah tasbih khofi kepada khofi itu seperti tasbih Ruh kepada Jisim dan halnya itu baqabillah dan waridnya itu yang terbit didalam segala nafas yang tersebut dahulu itu dan adapun zikirnya itu Ya Qohhar Ya Qohhar Ya Qahhar hingga sampai dapat memberi bekasnya itu.

Today, there have been 1 visitors (8 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free