Bismillah itu ialah yang bernama Aku, nyawa Muhammad . Bermula Muhammad itu nyawa manusia. Adapun manusia itu tempat tajali Qudrat dan Irradat Tuhan.
Maka segala nyawa manusia itu didalam Qolbi dan bermula Qolbi itu Jantung yakni Rumah Qolbi dan bermula Jantung itu Rumah Nyawa dan bermula Rumah Nyawa itu ialah Aku tetapi Aku itu didalam Qolbi seperti firman Allah "Wa Fi Am Pusakum Apala Tubsirun" Yakni bukankan Aku didalam diri kamu tiadakah kamu lihat.
Dan bermula Qolbi itu yang bernama Ha, bermula yang bernama Ha itu Hati, bermula Hati itu ialah bernama Muhammad, maka Nyawa kita dan Sirr kita pada Muhammad (+) dan adapun Hu itu ia sendiri tiada sekelian. Maka firman Allah Taala Kun Fayakun maka jadilah Nur Muhammad di dalam Nur Allah Taala setelah lengkap jadi Nur Muhammad - maka Allah pun ghaib didalam Nur Muhammd maka Nur Muhammad pun menilik ia keelukan dirinya Lam Jalalah maka keluarlah nyawa sekelian alam ini. Yakni terpancarlah kenyataan Nurnya itu diibarat seperti satu lampu yang sangat terang maka ditetap kepada lampu itu dengan satu raga itu dibalut dengan kertas bermacammacam warnanya maka cahaya lampu itu terpancar kepada lubang raga yang dibalut dengan kertas kertas itu maka keluarlah dengan bermacammacam warna daripada lubang raga itu maka apabila koyak satu kertas pada lubang raga itu nescaya hilang cahaya kembali kepada lampunya.
Maka Nur Muhammad itu ghaib ia pada sekelian badan hamba Allah Taala yang mukmin. Yakni bersama dengan cahaya lampu yang terpancar kepada lubang raga yang tersebut dahulunya. Dan adapun Hati, bermula Hati itu Sirr yang Latif di taruhkan Allah Taala bagi manusia di dalam dada pada pihak limbungan kiri dan dibungkus dengan daging segumpal menempa kenderaannya dan tiaptiap anggota jasad itu askarnya dan Hati itu Raja baginya dan Raja itu dua muka - Satu muka menilik ia kepada Dirinya dan satu muka menilik ia kepada Tuhan. Maka muka yang awal itu menunding di dalam matanya segala rupa-rupa Akuan - -dan Mata Hati itu Akal dan selama lagi Akal itu dibawah Rintah Akuan maka Hati itu ditawannya hingga apabila hilangkan Rintah Akuan daripadanya -- maka hilanglah Akal yang bertambah itu dan zahirlah bekasnya yang ghaib dan bercahayacahayalah Nur Ma’rifat itu maka meniliklah ia dengan Nur Ma’rifat yang ditaruhkan didalam Bathin ( ) itu iaitu mata yang halus dan telah datanglah yang Haq dan hilanglah yang Bathil.
Adapun Ha itu daripada Hati dan jika Sirr pun daripada Hati jua kerana inilah dikata takala Hati itu cenderung kepada segala keinginan dunia seperti makanan, lemak manis ataupun barang sebagainya, maka takala itu dinamai Nafsu dan apabila Hati itu cenderung kepada segala kebaktian dunia dan akhirat Ibadat namanya akan dia. Dan takala Hati itu berahi akan Allah Taala sah akan pertemuan Allah Taala Ruh dinamai akan dia dan takala Hati itu memancarkan sesuatu Akal namanya dan Budi pun namanya, dan takala Hati itu mengetahui dirinya itu baik dan jahat dan sakit Hati Yang Halus namanya dan takala ia berkehendakan kepada sesuatu Nafsu namanya dan takala ia mengetahui Hamba dan Tuhan Qolbi Zarah namanya dan Cermin Ikhlas pun namanya. Dan Takala ia mengesakan Allah Taala Tauhid namanya dan Perisai pun namanya dan takala ia melihat Kebesaran Tuhan Ma’rifat namanya dan Arash pun namanya dan takala ia sudah ketahui Zat dan Sifat dan Asma dan Af’al Ummi Kitab namanya dan Nur pun namanya dan takala ia mengetahui Tuhan lengkapnya sekelian alam tetap dengan Zat dan Sifat iaitu sekelian alam kepada Tuhan Ma’rifat Nur namanya dan Ahadiah Takdir pun namanya dan takala ia tetap Ma’rifat dan Tauhidnya Lufh namanya dan Qalamul U’lia pun namanya dan takala ia sudah ketahui didalam ghaib Qalamul Arash namanya dan Qalam Naps pun namanya dan takala ia tetap seketika didalam ghaib dengan Hairan Tercengang-cengang Irradat namanya dan Qudrat pun namanya dan Rahsia pun namanya. Takdir Rahsia itu mengembalikan Amanah Kepada Yang Empunya Amanah. Amanat namanya dan takala ia sudah mengetahui didalam ghaib hamba yang menanggungkan Amanah hairanlah ia akan dirinya Tercegang-cengang Amanat namanya dan Khazaan pun namanya dan takala ia mengetahui tubuh dan dirinya dengan Dia Kunhu namanya dan takala ia mengetahui keadaan dirinya ada sekelian alam umpama banjir sebanjir di tengah pasir ataupun seperti sebuah jong di tengah laut Kunhu Kazal namanya dan Qolbi Mukmin pun namanya. Wallahu A’lam.
|
|