
Haza kitab Al shamshi Alkhalwat Ariffin Haqiqat Rabbi A’lamin, Altauhid Walma’rifat Rabbi A’lamin. Allahhumma Sirri.
Yakni apa perbezaan tauhid dan makrifat dan cita-cita dan sirri kerana yang ditauhid itu ibarat Ahadiah Allah Taala ertinya ke Esaan Tuhan dan adapun ma’rifat itu ibarat Shomadiah Allah Taala ertinya kelengkapan Tuhan. Yakni lengkap itu dengan sifatnya. Dan adapun cita-cita itu tetap ghaib Allah Taala tiada kesudahan. Yakni tetap itu dengan zatnya dan adapun berdiri Allah Taala dengan wujudNya.
Pada suatu ibarat, tauhid itu seumpama sumbu dan ma’rifat itu seumpama minyak dan cita-cita itu seumpama nyala dan syariat itu seumpama abu dan adapun perhimpunan yang empat perkara itu karam ia di dalam Laut Sirr jua. Adapun jika dikerjakan hal seumpama itu tiada akan binasa hal kita, selamat dari dunia datang kepada akhirat kerana hal itu tiada binasa segala adanya. Wallahu a’lam.
Adapun yang dikatakan Awal Zat itu semata-mata ibarat laut yang belum lagi berkehendak kepada sesuatu Seperti laut yang belum lagi berangin dan belum lagi berombak-ombak dan belum lagi berbuih-buih, semata-mata laut jua. Yakni semata-mata dengan airnya yang sedianya jua, belum lagi mengalir airnya semata-mata sendirinyaZat.
Adapun kerana dikatakan semata-mata Awal Zat itu belum lagi Ia menzahirkan sifat Jamalnya kerana sedia zatnya, maka takala hendak mengadakan sesuatu seumpama Yakni menzahirkan air kenyataan laut itu maka menilik Ia keelukan dirinya laut sedianya dengan airnya. Yakni hidup dan tahu berkuasa, berkehendak, melihat dan mendengar dan berkata-kata lalu firman Allah Taala demikian bunyinya.
Yakni, ada Aku Tuhan di mana hambaKu, tiada sesuatu Aku lihat. Takala itu zat yang mutlak semata-mata DiriNya Tuhan ( Sirrnya ) maka lalu diadakan daripada tiada yakni tajali air daripada laut itu dengan tiada suatu rupa. Kemudian dizahirkanlah daripada yang tiada satu rupa itu dengan suatu rupa seperti kata
Yakni maka telah dizahirkan dengan satu rupa paling gemilang dengan hairan tercengang-cengang. Yakni telah adalah Nur Muhammad maka dianugerahkan Allah Taala kepada Nur Muhammad dengan 7 sifat. Yakni Sifat Ma’ni iaitu Qudrat, Irradat, Ilmu, Hayyat, Sami’, Bashar, Qalam. Maka lalu terpalinglah NurNya itu dengan gilang gemilang dengan hairan tercengang-cengang keelukan dirinya daripada takutnya lalu berkata demikian bunyinya.
Yakni, jikalau aku hamba dimananya Tuhan, sesuatu pun tiada aku lihat. Jikalau begitu akulah Tuhan. Didalam hal begitu lalu dipertunjukkan diri ZatNya itu sendiri kepada Nur Muhammad itu serta firmanNya demikian bunyinya;
Ertinya: Bukankah Aku Tuhan kamu ........ maka lalu sembah Nur itu, Nur Muhammad itu serta sujud demikian bunyinya:
Yakni bahkan sesungguhnya Engkaulah Tuhanku serta berkata pula Nur Muhammad itu.
Yakni Aku Mu ....... Mu Aku... maka lalu dinamakan Nur itu dengan empat huruf iaitu (mim, ha, mim, dal) dan huruf nama Tuhan dengan empat huruf juga iaitu (alif, lam, lam ha)
Ketahui oleh mu huruf nama Muhammad itu apa perbezaan kepada manusia. Yakni
(mim, ha, mim, dal) itu empat. Maka adapun huruf (mim) awal itu dijadikan kepala manusia (1) dan huruf (ha) itu dijadikan bahu manusia (2) dan huruf (mim) akhir itu dijadikan pusat manusia (3) dan huruf (dal) itu dijadikan kaki manusia (4) maka sebab itulah setengah umat Muhammad mengatakan dirinya Muhammad Ithofi. Dan adapun huruf nama Tuhan kita itu iaitu (alif, lam, lam, ha) ada kepada bangsa Anak Adam. Anak Adam yang dianugerahnya Tuhan kepada Anak Adam. Maka jikalau kamu hendak ketahui, melainkan hendaklah kamu mendapat segala mursid mursid seperti kata syair:-
Yakni daripada huruf Alif itu dijadikan api iaitu ibarat nyawa manusia (+)( )
Yakni daripada huruf Lam awal itu dijadikan hidup iaitu ibarat nafas manusia yakni angin (+)( )
Yakni daripada huruf lam akhir itu dijadikan air iaitu ibarat darah kepada manusia (+)( )
Yakni daripada huruf ha itu dijadikan bumi iaitu ibarat badan manusia.( )
Empat huruf itu maufakat huruf nama Tuhan Al-Azim ada kepada wujud manusia zahir dan bathin, ada kepada manusia kerana Tuhan menyatakan keadaan ZatNya dan SifatNya dan AsmaNya dan Af’alNya menzahirkan kepada manusia kerana berhimpun huruf nama dan nama itu ada kepada wujud kita. Wallahu a’lam. (+) seperti kata syair: ( ) Hu
Yakni manusia itu di misal seperti Lufh tersebut di dalamnya dengan nama Allah (alif, lam, lam, ha) dan nama Muhammad (mim, ha, mim, dal). Jikalau tiada ketahui hal yang demikian itu bersamaanlah dengan binatang yang pandai berkata-kata. Wallahu a’lam.
(wau, mim, nun)
Lafaz Manusia
(mim, ha, mim, dal)
Lafaz Muhammad
(alif, lam, lam, ha)
Lafaz Allah
Kata Allah Taala ( )
Aku Qalam yang tinggi, Aku Quran berkata-kata. Aku Lufh Mahfuz -
Dibuat syair segala ariffin kerana asyik ia kepada Tuhan serta mendapat ia ilmu laduni mengambil ia perkataan ini daripada Tuhan.( )++
Yakni telah Aku berbuat di dalam lembaga Bani Adam itu suatu mahligai +( )+
Yakni Aku dinamai dari itu dada +( )
Yakni di dalam dada itu hati dan di dalam hati itu buah hati maka jantung itu rumahnya dan di dalam jantung itu cita-cita + ( )+
Yakni di dalam cita-cita itu terang di dalam terang itu rahsia dan di dalam rahsia itu cahya dan di dalam cahaya itu Aku yang bernama Aku, tetapi yang bernama Aku itu Alif , tetapi yang aku itu Lam tetapi yang bernama Aku itu Lam tetapi yang bernama Aku itu Ha bermula Ha itu di mana istana, maka istana Ha itu kepada Alif dan kepada Lam keduadua itu Mufidu Masheikh dapat mufiad ( talqin )

Firman Tuhan kepada Nabi Allah Musa seperti ini ( )
Yakni Hai Musa kosongkan oleh mu bagi Aku satu rumah di dalam rongga engkau supaya aku hendak duduk di dalamnya. Wallahu A’lam.
|
|